DUA warga Malaysia ditahan dan didakwa atas
kesalahan cuba menyeledup lebih satu tan dadah di sebuah gudang di
Sydney, Australia.
Menurut jurucakap polis sempadan Australia (ABF), John Fleming, kedua-dua suspek berusia 22 dan 63 tahun ditahan pada Isnin ketika satu serbuan di gudang tersebut.
Katanya, dadah jenis ephedrine itu didapati tersembunyi dalam 127 kotak perabot yang diimport dari China.

“Anggota penyiasat kami mendapati dua lelaki membuka kotak-kotak di
dalam kontena tersebut dan membawanya masuk ke dalam gudang. Kedua-dua
suspek kemudian dipercayai membuka kotak tersebut yang mengandungi dadah
jenis ephedrine.
Memetik laporan AP, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Campsie dan didakwa atas kesalahan mengimport bahan terlarang dalam kuantiti yang banyak.
Ephedrine merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk membuat methamphetamine.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan