Doktrin negatif media sosial punca rakyat sangka buruk produk Melayu
BANGI– Kualiti produk yang dihasilkan oleh bangsa Melayu setanding dengan
produk daripada kaum lain, kata Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH),
Haji Aminuddin Yahaya.
Beliau kesal apabila wujud doktrin
negatif di media sosial, yang menjadi punca rakyat di negara ini turut
terpengaruh dengan sebaran buruk terhadap produk buatan Melayu.
“Berkaitan dengan kualiti, ini hanya
segelintir sahaja. Saya tak nafikan memang peniaga Cina pun ada kualiti
tak bagus, peniaga India pun sama, hatta peniaga Barat pun ada kualiti
tak bagus dan ia bukan membabitkan orang Melayu sahaja.
“Tapi disebabkan segelintir ini berserta
doktrin yang ada di kepala kita mengatakan orang Melayu ni lemah, tak
pandai dan sebagainya, menyebabkan kita kata, seolah-olah semua produk
Melayu ini tiada kualiti,” katanya.
Haji Aminuddin yang juga Pengerusi
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyarankan bahawa persepsi buruk itu
perlu dibuang jauh supaya produk Melayu duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi bersama produk kaum lain.
Justeru, beliau mencabar orang Islam supaya melihat sendiri cara memproses produk Melayu seperti sos cili dan sardin.
“Anda boleh beritahu saya jika mereka tiada kualiti.
“Kalau ada sikit-sikit itu biasa sahaja,
lagipun kita pun sudah terbiasa dengan sos cili yang dibuat oleh orang
Ciana kadang-kadang busuk, berulat dan sebagainya. Ianya juga sudah
banyak kali keluar dalam akhbar,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa walaupun
produk-produk yang dihasilkan oleh bukan Islam mempunyai logo halal,
namun terdapat juga elemen dan perkara tidak halal dicampurkan dalam
produk mereka.
“Dan ini sesuatu yang boleh dielakkan jika kita beli produk Muslim,” katanya.
Kempen Beli Produk Muslim dilancarkan
UMMAH dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan ABATA
Commerce Sdn Bhd, adalah suatu altenatif bagi mengangkat dan
mempromosikan barangan dan produk keluaran muslim.
Ia juga dilancarkan bagi meningkatkan
kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta
perkhidmatan yang halal di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan