Bekas menteri yang pernah menjadi naib presiden Umno,
Hishammuddin Hussein, sedang disiasat Jawatankuasa Disiplin Umno atas
aduan salah laku.
Bagaimanapun menurut bekas peguam negara itu, belum ada sebarang cadangan atau syor dibuat badan tersebut kepada Umno.
"Setakat hari ini belum dibuat apa-apa syor. Selepas selesai siasatan baru kita akan buat syor, jika difikirkan perlu," katanya kepada Malaysiakini.
Ekoran kekalahan BN kepada PH pada PRU ke-14 lalu, Hishammuddin tidak mempertahankan jawatannya dan dilihat agak lunak kepada kerajaan berbanding pemimpin lain dalam pakatan pembangkang.
Beliau juga baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun Hishammuddin menjelaskan pertemuan dengan perdana menteri adalah perkara biasa.
Tak dipengaruhi sesiapa
Pada 24 Julai lalu, Umno membuat ketetapan bahawa hanya presiden saja diberikan mandat mewakili parti sekiranya mahu mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak berhubung kerjasama politik.
Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada mana-mana tokoh atau individu lain yang diberikan mandat untuk tujuan tersebut.
Sehubungan
itu juga, beliau menegaskan, Umno membuat keputusan bahawa sebarang
perbincangan mesti mematuhi apa yang telah dimuktamadkan oleh majlis
tertinggi parti.
Mohamed Ali bagaimanapun menafikannya.
"Maklumat itu tidak betul. Siasatan masih berjalan dan lembaga disiplin adalah suatu badan bebas yang tidak tertakluk kpd mana mana arahan pucuk pimpinan parti.
"Kami bebas daripada sebarang pengaruh atau tekanan," katanya lagi.
Mohamed Apandi bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut kes siasatan yang dijalankan terhadap Hishammuddin.
Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan beliau disiasat ekoran beberapa tindakannya yang melanggar peraturan parti termasuk mengadakan pertemuan dengan Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan