PM kata tiada keperluan lanjutkan had umur bersara kepada 65 tahun
PHNOM PENH –Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada keperluan untuk
melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun.
Beliau
setuju dengan pendapat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman untuk mengekalkan had umur bersara pada 60 tahun agar ia tidak
menyekat peluang pekerjaan generasi muda.
“Jangan
kata Perdana Menteri berumur 94 tahun tidak bersara pun. Saya bukan
tidak bersara, tetapi dipanggil semula untuk bekerja.
“Kalau
kita tetapkan pegawai bersara umur 65 tahun, ‘deadwood’ nanti pun duduk
atas kerusi itu dan orang lain tidak boleh duduk (naik pangkat).
“Bagi
saya, eloklah sampai 60 tahun,” katanya pada satu sidang media bersama
media Malaysia sempena lawatan rasmi tiga harinya ke Kemboja, hari ini.
Dr
Mahathir berkata terdapat negara yang tiada had umur bersara dan mereka
boleh kerja sampai bila-bila tetapi ia akan menyekat peluang generasi
muda.
“Zaman
saya dulu, kita melanjutkan had usia bersara dari 55 kepada 56 tahun
sebelum ia dilanjutkan sehingga 60 tahun oleh kerajaan selepas saya,”
katanya.
Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar had usia bersara
dilanjutkan kepada 65 tahun seperti di negara-negara maju, termasuk
Singapura.
Semalam,
Syed Saddiq membantah cadangan itu berkata kerajaan harus memberi fokus
untuk menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada generasi muda dan
bukan menyekat potensi mereka. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan