Usah terlalu bertoleransi hingga langgar pendirian ditetapkan syarak
1. DALAM sambutan Maal
Hijrah Peringkat Kebangsaan di Putrajaya semalam, Yang Dipertuan Agong
bertitah agar pelaksanaan “rahmatan lil alamin” tidak harus bertoleransi
terhadap perbuatan yang bercanggah dengan tuntutan agama. Nasihat ini
seharusnya diambil serius oleh YB Mujahid yang mempelopori gagasan ini.
2. Sejak gagasan ini dilancarkan, beberapa prinsip berhubung konsep Rahmatan Lil Alamin ini telah dipersoalkan. Antaranya:
(a) Pada 10 Ogos 2018, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengadakan
pertemuan dengan aktivis sosial LGBT yang juga transgender, Nisha Ayub.
Melalui sidang media yang berlangsung, Mujahid menyatakan bahawa isu
LGBT ini akan ditangani dengan konsep Rahmatan Lil Alamin sehingga
beliau membenarkan transgender menggunakan tandas perempuan. Pemahaman
Mujahid berhubung konsep ini ditegur oleh beberapa orang Mufti
termasuklah Mufti Perlis, Mufti Penang dan Mufti Pahang. Untuk perincian
lanjut sila baca:
https://www.academia.edu/37863988
/Konsep_Rahmatan_Lil_Alamin_Dalam_Hadith_Penerokaan_Makna_Serta_Aplikasi_Di_Malaysia
(b) Pada 6 Oktober 2018, akhbar The Star
telah melaporkan hasil temubual mereka dengan YB Mujahid dan
menyimpulkan bahawa tiada lagi operasi tangkapan khalwat (No more night
khalwat raids or intrusion into Muslims’ private lives says Mujahid).
Laporan berita ini turut menyatakan bahawa pendirian yang ingin
dilaksanakan oleh YB Mujahid ini adalah berpandukan konsep rahmatan lil
alamin. Sekali lagi kenyataan YB Mujahid telah mengundang kritikan ramai
termasuklah Mufti Perak.
(c) Ketika memberikan reaksi berhubung
ceramah Dr. Zakir Naik di Kelantan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Dr Mujahid Yusof menyifatkan ucapan Zakir Naik telah mengundang persepsi
yang boleh menggugat perpaduan negara ini. Kenyataan ini seakan
mengelirukan sehingga mengundang kritikan daripada banyak pihak
termasuklah dari golongan akademik seperti Dr. Kamilin Jamilin.
Untuk perincian baca: https://www.malaysiakini.com/news/489486
3. Mesej yang ingin disampaikan oleh YDP
Agong melalui titah baginda seharusnya dipandang serius oleh YB Mujahid.
Jangan sampai konsep serta prinsip yang berteraskan al-Quran ini
dilihat cacat dek kerana kekeliruan yang ditimbulkan oleh pendokong
gagasan ini.
4. Benar, Islam menganjurkan sikap
toleransi sesama kaum. Namun, Rasulullah ﷺ telah menggariskan sempadan
yang jelas berhubung perkara akidah dan pendirian yang asas bagi umat
Islam. Jangan sampai terlalu bertoleransi sehingga melanggar pendirian
yang telah digariskan oleh syarak.
Semoga Allah SWT membimbing kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan