Tuduhan penglibatan seseorang pemimpin dalam skandal seks
dilihat merupakan cara yang sering digunakan bagi menjatuhkan kerjaya
politik seseorang.
Kartini berkata, ramai pihak kini mula melabel PKR sebagai parti yang mempunyai pemimpin yang tidak bermoral dan tidak layak memimpin.
“Video lucah, skandal seks semuanya adalah taktik yang telah berkurun digunakan untuk memalukan dan menjatuhkan kerjaya pemimpin masyarakat termasuk ahli politik.
“Ini kerana persoalan moral dan integriti adalah asas kepimpinan yang dihormati dan diperlukan.
“Maka taktik yang sama diguna untuk menjatuhkan sesiapa yang dilihat mengancam peluang seseorang untuk naik,” katanya kepada Malaysiakini.
Haziq juga mendakwa individu di atas ranjang itu adalah Azmin.
Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia cubaan untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.
Mengulas lanjut, Kartini berkata tuduhan seperti itu masih digunakan kerana ia mengundang kontroversi dan sensasi yang membuatkan orang ramai tertarik untuk membacanya.
Kartini memberi contohi tuduhan terhadap bekas presiden Amerika Syarikat Bill Clinton yang dikaitkan dalam skandal seks dengan dengan pelatih di Rumah Putih.
Kartini juga turut memetik skandal melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, selain skandal seks bekas menteri kesihatan Chua Soi Lek.
“Saya kira persoalan moral masih menjadi elemen utama dalam masyarakat secara umum.
“Ia kontroversi, sensasi dan orang ramai suka membaca berita sedemikian dan ini secara tidak langsung menjelaskan mengapa model separa bogel popular dan dibayar dengan lumayan,” katanya.
Hampir serupa dengan Anwar
“Cuma kali ini berbeza kerana Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri masih favour (memihak) kepada Azmin dalam hal ini.
“Azmin bertuah dapat sokongan penuh daripada Dr Mahathir dan berbeza dengan nasib Anwar dahulu.
“Sudah pasti skandal ini akan beri kesan kepada PH dan imej PKR kerana politik kotor mengaibkan ini mampu memberikan persepsi buruk terhadap kredibiliti Azmin,” katanya.
Dr Mahathir sebelum ini memberi gambaran bahawa beliau tidak percaya dengan ketulenan video seks yang didakwa melibatkan Azmin.
Untuk rekod, Anwar disabitkan kesalahan atas tuduhan meliwat pada 1999 dan 2014 namun diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas PH menawan Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu.
Sepanjang
skandal berkenaan yang menggegarkan negara, Anwar bertegas bahawa
tuduhan terhadapnya adalah bagi menjatuhkan kerjaya politiknya.
Kebanyakan
penyokong bekas timbalan perdana menteri itu mengaitkan Dr Mahathir
sebagai antara individu bertanggungjawab di sebalik skandal itu.
Jelasnya, ini demikian kerana kesedaran tentang "berita palsu, fitnah dan propaganda" dalam kalangan rakyat semakin tinggi, selain "kecanggihan teknologi".
Bagaimanapun, katanya, masih ada pihak yang akan menerima isu itu tanpa mengenal pasti kesahihan videonya.
PH akan bertambah kuat
Sementara itu, Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berpendapat taktik itu tidak mampu menjejaskan imej PH, malah akan menjadikan gabungan parti itu akan semakin kuat.
“Taktik ini tidak berkesan lagi sebab rakyat Malaysia telah keluar dari kepompong ‘gutter politics’ (politik kotor).
“Taktik ini adalah taktik terdesak setelah isu kaum dan agama gagal digunakan untuk menggugat kerajaan PH.
“Jadi isu seks pula digunakan yang pada pandangan saya akan menemui kegagalan. Malah PH akan menjadi bertambah kuat selepas ini,” katanya.
Azizuddin berkata, perkara sama turut terjadi kepada Anwar sebelum ini, ketika beliau dituduh meliwat pembantu peribadinya.
Malah menurut Azizuddin, penyokong Anwar menterjemahkan sokongan mereka melalui undi pilihan raya ketika itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan