Jumaat, 5 April 2019

Tak sesuai jadikan kanak-kanak sebagai bahan kempen - Mohamad Hasan

Sahlizah Mohamed, Astro Awani
Tak sesuai jadikan kanak-kanak sebagai bahan kempen - Mohamad Hasan
Mengeksploitasi kanak-kanak tidak sesuai untuk dijadikan bahan kempen, kata Mohamad Hasan.
 
SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan penggunaan kanak-kanak sebagai bahan kempen adalah tidak sesuai.

Menurut Mohamad, ia bagaimanapun terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada cara berkempen itu dibenarkan atau sebaliknya.

“Gunakan kanak-kanak ini saya rasa tak boleh dan tak sesuai, tetapi terpulang pada SPR.
 
 “Mengeksploitasi kanak-kanak tak berapa sesuai untuk dijadikan bahan kempen atau peralatkan mereka,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Bilik Gerakan Utama BN di Rantau, Negeri Sembilan.

Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan media selepas calon Pakatan Harapan, Dr S Streram yang menghimpunkan sekumpulan kanak-kanak dalam sebuah kempen sebelah malam yang dijalankan di Taman Orkid, baru-baru ini.

Kanak-kanak yang hadir itu dibawa naik ke atas pentas ceramah PH sambil memegang kotak pensel warna.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook peribadinya pada Jumaat menulis:

“Kanak-kanak tak patut digunakan untuk kempen PRK. Lagipun pada waktu malam di atas pentas ceramah.

“Ini bukan sahaja tidak beretika tetapi jelas melanggar undang-undang.”
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: