Selasa, 23 April 2019

Polis cari 175 individu bantu siasatan kes jenayah komersial

tyrazalhe  

JSJK Negeri Sembilan dedah identiti tiga individu yang sedang dikesan


BANGI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan 175 individu bagi membantu siasatan berkaitan pelbagai jenayah komersial di Negeri Sembilan sejak 2016 sehingga 2018.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superitendan Aibee Ab Ghani berkata, kebanyakan kes membabitkan sindiket keldai akaun, penipuan pinjaman tidak wujud, penipuan panggilan telefon, pembelian dalam talian dan ‘love scam’.

Dalam satu kenyataan hari ini, JSJK Negeri Sembilan turut melampirkan identiti tiga individu yang sedang dikesan dikenali sebagai Wong Suet Ching, 22, dengan alamat terakhirnya di Jalan Kinrara 4/48 Taman Kinrara 2, 47100 Puchong, Selangor.

Turut diperlukan bagi membantu siasatan, Khoo Yoon Fatt, 36, dengan alamat terakhir No 167 Kampong Bercham 2 Bercham, 31400 Ipoh, Perak, dan Kong Kean Chong, 37, dengan alamat terakhir No 14, Lorong Aman 2 Taman Desa Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubung Inspektor Ruzaimi di talian 013-9930877 atau 06-7612222 atau mana-mana balai polis berdekatan.


Tiada ulasan: