Isnin, 8 April 2019

Pekebun mengaku bersalah tuduhan hina Agong di laman Facebook

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Seorang pekebun yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, di laman sosial Facebook, hari ini menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Sharil Mohd Sarif, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy pada sebutan semula kes.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 26 April untuk menjatuhkan hukuman ke atas OKS. — Bernama 

Tiada ulasan: