Isnin, 8 April 2019

Najib: “Dah jangka dah…”

THE MALAYSIA TIMES
 


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dakwaan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berhubung laporan audit yang diisytihar ke atas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada tahun 2018.

Semalam, Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu, mendakwa laporan audit yang diisytihar ke atas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada tahun 2018 adalah satu pembohongan.

Menerusi entri Facebook Najib berkata: “Dah jangka dah. Nasib baik saya telah beberapa kali menjelaskan sebelum mereka memulakan fitnah terbaru ini.

“Tetapi apa yang saya tak faham ialah Laporan Audit untuk tahun 2018 adalah dibuat semasa PH memerintah.

“Kenapa pulak Mat Sabu nak salahkan BN?

“Mat Sabu faham ke proses pengauditan atau apa yang dibentang dalam laporan audit itu?

“Jika laporan audit benar-benar berbohong, apa tindakan yang diambil ke atas juruaudit-juruaudit berkenaan?

“Kalau kita ikut janji Mat Sabu tahun lepas, bulan Februari sebenarnya masih belum berakhir untuk ahli-ahli angkatan tentera,” katamya.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut menjangkakan laporan audit khas LTAT akan diisytiharkan dalam masa terdekat.

“Audit yang diisytihar tahun 2018 dulu bohong.  Siapa dalam tabung angkatan tentera? Melayu ke Cina? Siapa curi? Siapa tipu? Ini kamu curi, kamu rompak, kamu tuduh Cina.

“Sampai bila nak main politik macam tu? Macam kita tak ada maruah nak bela Melayu,” katanya semasa menyampaikan ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Kampung Mambau, Negeri Sembilan. pada Ahad.

LIHAT FB DI SINI

Tiada ulasan: