Jumaat, 5 April 2019

Nelayan M'sia ditembak militan Abu Sayyaf sedang tenat

MALAYSIAKINI

   

Seorang nelayan Malaysia berusia 34 tahun yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di Selatan Filipina kini berada dalam keadaan tenat selepas ditembak oleh penculiknya semalam.

Portal berita Mindanews yang berpangkalan di Mindanao melaporkan Jari Abdullah dari Sandakan, Sabah, diselamatkan oleh Pasukan ke-3 Pendaratan Batalion Marin Filipina sekitar jam 4:25 petang semalam selepas dia cuba meloloskan diri ketika kejadian berbalas tembakan selama 15 minit antara pasukan tentera dan kumpulan Abu Sayyaf yang menculiknya.

Laporan itu memetik jurucakap tentera di Barat Mindanao, Komando Leftenan Kolonel Gerry Besana yang mengesahkan keadaan Jari.

"Mangsa penculik itu cuba melepaskan diri dari penculiknya semasa pertempuran, tetapi ditembak oleh kumpulan Abu Sayyaf," kata Besana petik laporan itu.

Menurut Mindanews lagi, Jari ditemui kira-kira 10 meter dari jalan militan mengundurkan kumpulannya selepas pertempuran itu.

Menurut laporan itu, Jari dibawa menggunakan pengangkutan udara ke Hospital Heneral Teodulfo Bautista, Kuta di Jolo, ibu kota wilayah Sulu di Filipina Selatan.

"Nampaknya mangsa berada dalam keadaan perubatan yang sangat kritikal," kata Besana.

Terdahulu dilaporkan militan Abu Sayyaf telah menculik Jari dan dua lagi nelayan Indonesia yang dikenal pasti sebagai Hari Ardiansya, 19, dan Hariadin, 45, dari Pegasus Reef, Kinabatangan, Sarawak pada 6 Disember tahun lepas.


Tiada ulasan: