ISMA WEB
Mat Sabu atau Teresa pun boleh beri kenyataan jika Guan Eng sibuk
BANGI
– Datuk Seri Najib Razak bertubi-tubi menyerang kerajaan Malaysia di
bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), susulan kejatuhan indeks Bursa
Malaysia, kelemahan ringgit, keadaan ekonomi yang lemah, selain gelaran
buruk diberikan kepada negara.
Bekas Perdana Menteri ke-6 itu bukan sahaja menulis di dalam Facebook beliau, sebaliknya turut melampirkan laporan daripada agensi berita perniagaan terkenal dunia, Bloomberg, dan klip video kenyataan pakar kewangan.
“Hari ini,
indeks Bursa Malaysia turun lagi ke paras paling rendah sejak 30 bulan
dahulu. Sekali lagi, hampir semua pasaran saham di Asia naik tetapi kita
turun lagi.
“Singapura
naik, Indonesia naik, Filipina naik, Thailand naik tetapi Malaysia
turun. Dah berapa hari seperti ini?,” katanya semalam.
Katanya,
baru-baru ini terdapat banyak berita tidak baik mengenai ekonomi negara,
termasuk gelaran ‘paling teruk dalam dunia’; ‘sole loser’ di Asia;
amaran FTSE Russell untuk menurunkan penarafan bon kerajaan; langkah
untuk menarik keluar pelaburan asing; dan ringgit adalah mata wang
paling teruk bulan ini.
Namun,
katanya, tidak ada kenyataan dibuat oleh menteri Kabinet PH berhubung
perkara itu, bagi menenangkan pelabur, selain supaya rakyat tidak panik.
“Jika
Menteri Kewayangan (Lim Guan Eng) dan Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) sibuk, Mat Sabu (Menteri Pertahanan
Mohamad Sabu) atau Teresa Kok (Menteri Industri Utama) pun bolehlah.
Jangan semua pakat membisu. Silence is not an option. Do it for the
people and our economy,” katanya.
Dalam
tulisan terbaharunya, Najib turut memuat naik klip video kenyataan
pengurus besar sebuah syarikat pelaburan antarabangsa yang ditanya
mengapa Bursa Malaysia kini menjadi ‘sole loser’ serta paling teruk
dalam dunia.
Katanya, pengurus besar itu memberi tiga sebab iaitu:
1.
Ketidakstabilan politik. Lima tahun dahulu, kerajaan Barisan Nasional
(BN) mula diserang hebat oleh Perdana Menteri ke-4 dan PH. Walaupun
diserang hebat oleh mereka, ekonomi negara masih bertahan lagi. Jika
kita tidak diserang begitu pada masa itu, sudah tentu ekonomi akan lebih
baik selari dengan Pelan Transformasi Negara.
2. Langkah
tidak masuk akal ‘Menteri Kewayangan’ kita menggunakan unjuran harga
minyak dunia pada AS$70 satu tong untuk membuat belanjawan 2019.
“Pada
bulan Oktober sebelum bajet 2019, saya sudah bagi amaran di dalam
Parlimen untuk tidak gunakan unjuran setinggi ini kerana bajet akan
lari. Pada bulan November selepas bajet diumumkan, saya sekali lagi
memberi amaran yang sama. Tapi ‘Menteri Kewayangan’ kita degil. Saya pun
malas nak cakap lagi. Dia lebih bijak,” katanya.
3. Menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan kebergantungan ekonomi kita kepada hasil minyak.
“Mengenai
GST ini, saya tak perlu jelaskan pendirian saya lagi. Oleh kerana sebab
politik, GST dijadikan bahan kempen mereka dengan menipu harga barang
akan turun jika ianya dimansuhkan. Oleh kerana penipuan PH demi rampasan
kuasa, kini negara kita terjejas,” katanya.
Najib
berkata, bermula daripada tahun 2009 ketika beliau mula menjawat jawatan
Perdana Menteri, kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk mengurangkan
kebergantungan kita kepada hasil minyak.
Katanya,
negara mengurangkan kebergantungan setiap tahun dari 44 peratus pada
tahun 2010 menjadi 14 peratus pada tahun 2017 supaya ekonomi negara
tidak akan lagi terjejas apabila harga minyak dunia tiba-tiba jatuh
teruk.
“Jika
kerajaan BN tidak membuat begitu, sudah tentu ekonomi kita telah
mengalami kemelesetan pada tahun 2016 apabila harga minyak dunia jatuh
80% masa itu – seperti yang terjadi kepada negara Brunei dan
negara-negara Timur Tengah dan Amerika Selatan.
“Oleh
kerana ekonomi negara kita tidak terjejas, maka rakyat tidak terkesan
dan tidak tahu bahawa ekonomi kita sebenarnya telah diselamatkan pada
masa itu oleh langkah dan rancangan kita.
“Lalu,
kita terus dikecam. Selepas menang PRU14, kerajaan PH pula naikkan
semula kebergantungan kita kepada minyak menjadi 33%. Dan ini adalah
satu lagi faktor kenapa pelabur-pelabur asing tidak mahu melabur di
Malaysia lagi. Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh kerajaan PH,
pelabur asing ketawakan kita,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan