Oleh Ainaa Syaza Khusli
Wartawan Pelatih Universiti Sains Malaysia
Kenyataan Menteri Wilayah skeptikal, cetus prejudis pemberontakan
BANGI
– PAS menyifatkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad sebagai
paranoid apabila mendakwa kemungkinan berlakunya rampasan kuasa polis
dan tentera seperti di Mesir.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam sebelum ini mempertahankan alasan kerajaan menarik diri daripada Statut Rom dengan menyatakan, rampasan kuasa seperti menjatuhkan kerajaan Mesir pertama yang dilantik secara demokrasi pada 2013 boleh berlaku jika rakyat dihasut pihak tertentu.
“Seperti yang anda tahu, polis dan tentera secara asasnya institusi berasaskan Melayu. Sebab itu sangat penting masalah ini ditangani dengan berhati-hati,” katanya.
Mengulas perkara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan Khalid yang cuba mengaitkan Melayu dengan rampasan kuasa, membuktikan beliau skeptikal dan paranoid melampau pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Kenyataan provokasi itu boleh menimbulkan prejudis ‘pemberontakan’ terhadap pasukan keselamatan negara, sekali gus sebagai momokan, propaganda dan hasutan halus lagi jahat untuk memberi palitan buruk kepada orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Fadhli berkata, situasi kini menjelaskan sememangnya bahawa kedudukan orang Melayu sedang ditindas di negara sendiri di bawah pemerintahan PH.
Katanya, selaku menteri, Khalid memiliki prasangka amat buruk terhadap rakyat sendiri, khususnya, orang Melayu sebagai kaum majoriti dalam negara.Malah, provokasi yang dilakukan Khalid cuba mengesahkan bahawa negara ini sedang diperintah atau dikuasai kaum bukan Melayu.
“Menteri itu sendiri berbangsa Melayu, tetapi kenyataannya seolah-olah membayangkan trauma tidak munasabah atau rasa terancam yang sedang dialami oleh kaum lain,” katanya sambil menggesa Khalid meletakkan jawatan.
Selain itu, Fadhli turut menegaskan hakikat sudah acapkali pemimpin PH meletakkan kaum Melayu di ‘kandang pesalah’, malahan berani menggugat dan mencabar status serta hak sedia ada selama ini.
“Banyak yang sudah diguris, dikurangkan, serta cuba diambil dan dinafikan daripada kaum Melayu dibuat oleh PH sejak menjadi kerajaan.
“Termasuk hal ehwal Islam yang galak disentuh, pemimpin PH seperti Khalid sebenarnya sedang dihantui rasa penolakan oleh rakyat negara ini, khususnya, umat Melayu-Islam,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan