Ahad, 21 April 2019

Kes rasuah bekas Exco Johor: SPRM akan kemuka rayuan ke Mahkamah Tinggi

Astro Awani
Kes rasuah bekas Exco Johor: SPRM akan kemuka rayuan ke Mahkamah Tinggi
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Latif Bandi (tengah) bersama anaknya Ahmad Fauzan Hatim (dua, kanan) dan perunding hartanah Amir Sharifuddin Abd Raub (dua, kiri) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi susulan keputusan membabitkan kes rasuah bekas Exco Johor.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad melepas dan membebaskan tanpa dipanggil  membela diri bekas Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi bersama dua individu lain daripada 37 pertuduhan rasuah serta kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) berjumlah lebih RM30 juta.

"Rayuan akan dibuat hasil perbincangan bersama Timbalan Pendakwa Raya.
 
"Tindakan tersebut akan dilakukan sebelum tempoh 14 hari seperti yang telah ditetapkan oleh mahkamah," jelas SPRM menerusi kenyataan pada Ahad.

BACA: Bekas Exco Johor, Latif Bandi bebas 37 pertuduhan

SPRM akan kemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi
SPRM akan kemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi

Pada 19 April 2017, Abdul Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau bersama seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan nilai suapan RM30.3 juta.

Masa sama media melaporkan SPRM menahan enam individu termasuk Ahmad Fauzan yang disahkan anak kepada exco terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penyelewengan  berhubung kes rasuah dan penyelewengan harta tanah di Johor. 
 
 

Tiada ulasan: