Rabu, 3 April 2019

Gelaran ‘Datuk Seri’ Gnanaraja ditarik balik

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Istana Pahang memutuskan untuk menarik balik gelaran ‘Datuk Seri’ yang dianugerahkan kepada Pengarah Urusan, G Global Media Sdn. Bhd., M. Gnanaraja.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sekeping surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

“Adalah dimaklumkan bahawa Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-83 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang kepada Yang Hormat Dato’ Sri pada 19 Mac 2014 (Rabu) Jam: 10 pagi di Istana Pahang, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuatkuasa serta merta.

“Oleh hal yang demikian, Yang Hormat Dato’ Sri tidak dibenarkan mengguna pakai gelaran Dato Sri’ di sebarang urusan berkuatkuasa serta merta dan adalah diminta untuk mengembalikan Darjah Kebesaran yang dimaksudkan di atas ke Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang untuk tindakan selanjutnya oleh Pentadbiran ini,” menurut surat tersebut yang bertarikh 13 Mac 2019.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan sebab penarikan semula gelaran berkenaan.

Tiada ulasan: