“Saya telah beberapa kali menjelaskan tapi penyokong PH tak percaya.
“Kini Azmin mengesahkan di Dewan Rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.
Bekas perdana menteri itu kemudian bertanya sama ada pemimpin PH mahu menuduhnya merompak RM8 bilion duit Felda.
“Masih mahu tuduh saya rompak RM8 bilion duit FELDA?,” soalnya.
Sebelum ini, Felda dikatakan sedang mengalami masalah aliran tunai yang amat kritikal akibat kelemahan dalam tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang tidak bertanggungjawab.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hutang Felda berjumlah RM8.025 bilion adalah legasi kepimpinan terdahulu berikutan terlalu banyak campur tangan politik dalam urus tadbir. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan