Jurucakap PAL-V Liberty berkata tempahannya dibuka sejak 2018 dan
pelanggan perlu memiliki lesen memandu dan lesen juruterbang untuk
membeli kenderaan ini, kepada BH Auto.
"Bagi memudahkan pelanggan, mereka perlu menghadiri program
khusus oleh PAL-V yang mana kami akan terangkan mengenai garis
panduan dan undang-undang yang perlu mereka patuhi selepas melakukan
sebarang pembelian," katanya.
Menurut laporan itu, kebanyakan pelanggan mereka dari Eropah, diikuti
Asia Barat dan China.
PAL-V Liberty ialah sebuah syarikat
Belanda yang mula membangunkan kereta terbang sejak 2008.Kereta terbang itu seberat 664 kilogram dan mampu membawa dua orang termasuk pemandu/juruterbang.
Ia mampu menghasilkan 100 kuasa kuda (hp) dengan jarak perjalanan 1,315 kilometer dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) serta melakukan pecutan 0 hingga 100 km/j kurang dari sembilan saat.
Bagi mod terbang pula, ia mampu mencatat jarak perjalanan 400 hingga 500km dengan kelajuan maksimum 180km/j.
PAL-V Liberty dijual dengan harga 300,000 euro (RM1.37 juta) manakala sebuah lagi model PAL-V Liberty Pioneer pula berharga 500,000 euro (RM2.29 juta).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan