Peraturan etika pakaian rasmi Dewan Undangan Negeri
merupakan budi bicara speaker, kata bekas Yang Dipertua DUN Selangor,
Hannah Yeoh.
"Selaku penggubal undang-undang wanita, saya fikir kami tidak boleh menyamakan warna (pakaian) dengan disiplin. Fungsi lebih penting berbanding penampilan atau komestik.
"Terdapat bidalan Cina, tidak kisahlah kucing hitam atau putih asalkan dapat menangkap tikus maka is kucing yang bagus," katanya kepada Malaysiakini.
Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh pernah memegang jawatan Yang Dipertua DUN Selangor dari 2013 ke 2018.
Tentukan cara berpakaian
Ng menegur cara berpakaian Wong yang didakwa tidak mematuhi etika, berkata ia isu disiplin serta beliau tidak menjadikan Adun Bukit Lanjan sebagai sasaran atau cuba menentukan cara berpakaian seorang wakil rakyat wanita.
Sementara itu, Wong pula tidak berpuas hati
dengan teguran Ng, berkata tiada peraturan yang melarang wanita memakai
baju berwarna terang dan menambah bahawa dia mengenakan jaket yang sama
beberapa kali selama bertahun-tahun sebelum ini tanpa masalah.
Menurut
Yeoh ketika beliau menjadi speaker DUN, beliau membenarkan wanita
memakai blazer warna terang dan menyeralaskan kod etika berpakaian DUN
menyamai Dewan Rakyat.
"Jadi masuk akal jika seseorang itu mengenakan pakaian yang sesuai untuk kedua-dua DUN dan Dewan Rakyat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan