Ahad, 10 Mac 2019

Wanita berhijab diancam diskriminasi dalam temuduga kerja

KEADILAN DAILY

 

 image1


Golongan wanita berhijab berhadapan diskriminasi dalam mendapat panggilan temuduga di sektor swasta.

Kajian Centre For Governance and Political Studies (Cent-GPS) mendapati graduan wanita tidak berhijab dipanggil untuk temuduga lebih kerap berbanding yang berhijab bagi jumlah permohonan kerja yang sama.

Kajian itu mendapati graduan wanita tanpa hijab mendapat kadar panggilan temuduga lebih tinggi sebanyak 12.7 peratus berbanding 9.14 peratus yang berhijab.

“Walaupun setiap graduan memiliki kelayakan, taraf pendidikan dan pengalaman yang sama, etnik dan warna kulit tetap memainkan peranan yang penting dalam mendapat peluang pekerjaan.

“Kedua-dua graduan hanya dibezakan melalui gambar berhijab dan tidak berhijab,” kenyataan media Cent-GPS dipetik.

Mengulas lanjut, Cent-GPS menjelaskan implikasi yang akan berlaku terutama masa depan golongan belia di Malaysia dalam memohon pekerjaan.

“Jika hal ini berterusan tanpa penyelesaian lebih ramai golongan yang akan terpinggir hanya kerana warna kulit,” katanya.

Cent-GPS menghantar 3,829 permohonan pekerjaan kepada lebih 500 peluang pekerjaan dalam kajian ‘Racism in Recruitment: A Study on Racial Bias for Entry Level Jobs in Malaysia’.

Bagi setiap permohonan, Cent-GPS menghantar tujuh ringkasan pendidikan (resume) berlainan tetapi setaraf daripada segi kelayakan.

Setiap resume tersebut mewakili jantina dan kumpulan etnik yang berbeza namun semua calon boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Tiada ulasan: