Katanya langkah pencegahan itu termasuklah mengawal isu-isu sensitif membabitkan agama, kaum, hak keistimewaan dan institusi diraja di negara ini
Ini kerana katanya, sebelum ini terdapat pihak yang mempertikaikan tindakan polis menangkap suspek yang hanya mempunyai bahan seperti buku.
"Mereka merancang, belum buat lagi (serangan) tapi apa yang berlaku khususnya dalam insiden terbaru di Christchurch - 49 terbunuh. Di situ kita dapat lihat bagaimana isu awal itu tidak ditangani tuntas dan tegas.
"Suspek-suspek ini memang sudah dikesan. Suspek yang terlibat itu warga Australia, tapi kenapa mereka menyusup masuk ke New Zealand untuk membuat serangan di New Zealand?
"Dalam konteks inilah kita tekankan, pihak polis ambil tindakan tegas dalam elemen-elemen asing.
Kita tak nak Malaysia dijadikan pangkalan. Contoh terbaik Christchurch - rakyat asing datang ke new Zealand buat serangan," katanya.
Beliau berkata, sejak 2013 sehingga hari ini, pihak polis telah mematahkan 24 percubaan elemen Negara Islam (IS) untuk lancarkan serangan di negara ini.
"Satu lagi saya nak tekankan bagaimana isu agama, perkauman dieksploitasikan untuk dijadikan justifikasi tindakan pengganas.
"Sebab itu kita nak tegaskan, jangan ada sebarang pihak khususnya di Malaysia eksploitasi isu agama, perkauman, hak-hak istimewa dan institusi diraja.
"Ini untuk kepentingan mereka (pengganas) kerana isu ini boleh cetuskan serangan khususnya dalam suspek IS yang kita tangkap. Ada cubaan untuk lancarkan serangan susulan isu-isu perkauman, agama yang dipermainkan," katanya.
Dalam
serangan tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch semalam,
seramai 49 jemaah terkorban manakala puluhan lagi cedera parah.
Polis New Zealand menahan seorang lelaki warganegara Australia, Brenton Harrison Tarrant, 28 susulan insiden itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan