Ia adalah peningkatan hampir 40 peratus berbanding lima tahun sebelumnya.
Kandungan bahan kimia seperti lead, cadmium and mercury yang tinggi dalam peranti mudah alih juga dibimbangi akan mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan kesihatan orang ramai.
Untuk itu pengguna disarankan untuk mempertimbangkan tiga perkara ini sebelum membuang peranti mudah alih ke tong sampah.
Sudah semakin menjadi trend bagi pengguna untuk sering bertukar peranti mudah alih, terutamanya telefon bimbit.
Sekiranya anda tergolong dalam kategori ini, mungkin anda boleh cuba untuk menjual telefon bimbit anda terlebih dahulu sebelum terus melupuskannya.
Mungkin peranti mudah alih anda masih bernilai dan dapat meneruskan hayatnya dengan pemilik lain.
Sumbang kepada badan kebajikan
Sesetengah peranti mudah alih mungkin sudah tidak sesuai digunakan sekiranya anda pengguna tegar.
Seperti contoh komputer riba yang digunakan oleh pengguna tegar mungkin memerlukan teknologi terkini dengan kepantasan terbaik dan untuk itu ia sentiasa perlu diperbaharui.
Tetapi ia masih boleh digunakan oleh pengguna ringan seperti pelajar sekolah yang tidak bercadang menggunakan aplikasi yang memerlukan daya atau kapasiti tinggi.
Untuk itu, peranti yang tidak lagi boleh anda gunakan mungkin boleh disumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Lupus di lokasi yang disahkan
Sekiranya peranti anda tidak lagi boleh berfungsi, anda dinasihatkan untuk melupuskan peranti-peranti mudah alih di lokasi-lokasi yang disahkan.
SKMM menyediakan beberapa lokasi pelupusan peranti di seluruh negara. Senarai penuh lokasi berkenaan boleh didapati di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan