KUALA TERENGGANU: Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan tiada bayaran
sebanyak RM1.4 juta dibuat seperti dakwaan editor Sarawak Report, Clare
Rewcastle Brown.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata parti mahu pun dirinya sendiri tidak pernah melakukan bayaran tersebut.
Beliau berkata semua dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya dan Pas tidak benar.
“Dulu 90 turun jadi RM1.4 juta, pelik juga dari RM90 juta tidak jumpa
cari turun jadi RM1.4 juta, .saya tidak bayar, Pas tidak bayar … tidak
betul.
Beliau turut berkata, Pas sebuah parti yang miskin dan tidak mempuyai dana untuk membuat bayaran tersebut.
Abdul Hadi berkata Pas juga tidak berhasrat untuk menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memburukkan namanya dan juga parti kerana itu hanya membuang masa dan wang ringgit.
“Pas ini parti yang miskin dan banyak penyumbang bukan seorang dua penyumbang. Penyumbangnya ramai bukan saja orang Melayu termasuk juga orang bukan Islam ada yang bagi sumbangan pada Pas.
“Pas membiayai pusat-pusat pengajian, beribu kelas parti beratus sekolah kita biayai. Ini sumbangan dari orang ramai dan bila pilihan raya ada orang bagi pinjam, bila kita nak bayar deposit kerana calon-calon kita tidak banyak hilang deposit, boleh ambil balik jadi ada orang bagi pinjam dengan jumlah yang mencukupi untuk kita bertanding cuma kita pelik parti lain dapat duit dari mana ... kena tanya parti lain dan yang menarik Pas jadi minat semua parti sekarang ini,” katanya.
Terdahulu, Rewcastle Brown mengesahkan telah menerima RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes saman dengan Abdul Hadi di luar mahkamah.
Katanya, Abdul Hadi sudah pun membuat pembayaran menerusi peguamnya, Americk Singh Sidhu.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata parti mahu pun dirinya sendiri tidak pernah melakukan bayaran tersebut.
Beliau berkata semua dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya dan Pas tidak benar.
Beliau turut berkata, Pas sebuah parti yang miskin dan tidak mempuyai dana untuk membuat bayaran tersebut.
Abdul Hadi berkata Pas juga tidak berhasrat untuk menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memburukkan namanya dan juga parti kerana itu hanya membuang masa dan wang ringgit.
“Pas ini parti yang miskin dan banyak penyumbang bukan seorang dua penyumbang. Penyumbangnya ramai bukan saja orang Melayu termasuk juga orang bukan Islam ada yang bagi sumbangan pada Pas.
“Pas membiayai pusat-pusat pengajian, beribu kelas parti beratus sekolah kita biayai. Ini sumbangan dari orang ramai dan bila pilihan raya ada orang bagi pinjam, bila kita nak bayar deposit kerana calon-calon kita tidak banyak hilang deposit, boleh ambil balik jadi ada orang bagi pinjam dengan jumlah yang mencukupi untuk kita bertanding cuma kita pelik parti lain dapat duit dari mana ... kena tanya parti lain dan yang menarik Pas jadi minat semua parti sekarang ini,” katanya.
Terdahulu, Rewcastle Brown mengesahkan telah menerima RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes saman dengan Abdul Hadi di luar mahkamah.
Katanya, Abdul Hadi sudah pun membuat pembayaran menerusi peguamnya, Americk Singh Sidhu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan