"Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang hilang susulan kejadian serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand disahkan maut," ciap akhbar itu di Twitter.
Haziq merupakan anak kepada salah seorang mangsa yang cedera, Mohd Tarmizi Shuib, 46, dari Kedah.
Selain itu terdapat dua lagi mangsa yang sedang menerima rawatan iaitu Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46 dari Kelantan.
Ketika kejadian Tarmizi bersama dua anaknya, Hariz dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Noor di Christchurch itu.
Ketiga-tiga mangsa yang sedang dirawat dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru serta luka yang dialami.
Phee bersama Adun Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz mewakili kerajaan negeri menemani ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65 dan abangnya, Rosdi Ahmad, 42 sedang berada di New Zealand sejak 17 Mac lalu.
Haziq disahkan meninggal duniahttps://t.co/kYlDeZmuEC pic.twitter.com/Ehi7wj9jcx— Berita Harian (@bharianmy) March 20, 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan