Khamis, 7 Mac 2019

Ismail Sabri ganti Zahid sebagai ketua pembangkang baharu

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu pada sidang Dewan Rakyat bermula Isnin ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Anggota Parlimen Bagan Datuk, yang bercuti daripada menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, berkata pelantikan Ismail Sabri dibuat berdasarkan senoriti dan hierarki dalam parti dan Barisan Nasional (BN).

Tiada ulasan: