Muslihat DAP memecah-belah umat Islam sudah makin terbongkar
1. PARTI
yang paling kuat memusuhi Islam di Malaysia merupakan parti yang paling
menggelupur apabila faktor utama kedaulatan Islam di Malaysia mula
berputik, iaitu melalui persepakatan Melayu yang merupakan bangsa
tunggak dan tulang belakang kepada agama Islam di Malaysia
2. Segala
pertimbangan rasional dan sikap profesional mereka terus hilang. Lim
Guan Eng mula memainkan gendang perkauman penuh berbaur hasutan.
Ternyata mimpi ngeri mereka selama ini mula menjadi kenyataan. Jika
keadaan berterusan dan momentum penyatuan umat Islam Melayu semakin
kuat, tidak mustahil kepimpinan negara yang kini didominasi bukan Islam
bakal berkubur
3. Secara
rasionalnya, PAS sebagai sebuah parti politik berhak bertahaluf dengan
mana-mana parti politik lain. Bukankah sebelum ini PAS juga pernah
bertahaluf dengan DAP? Setelah tertipu dan dikhianati (ini memang
karakter asasi musuh Islam) akhirnya PAS melakukan tindakan tepat untuk
memutuskan hubungan dengan DAP.
Lantas
kenapa keputusan PAS kali ini untuk bekerjasama dengan UMNO
dipertikaikan dan amat menggemparkan negara? Kerana UMNO rasuah? Bagi
saya lebih baik bekerjasama dengan parti Melayu yang rasuah daripada
bekerjasama dengan parti rasis yang konsisten menentang Melayu dan
Islam, dan juga rasuah
4. Tiada
siapa mampu menafikan integrasi kaum di Malaysia telah lama gagal. Ya,
malah ketika kerajaan BN memerintah lama dahulu. Kita boleh mengkaji dan
menganalisa puncanya, tapi faktor utama yang sering disebut ialah
keengganan sesetengah pihak untuk menghormati perlembagaan,
memperjuangkan sekolah vernakular serta kedegilan untuk memberikan taat
setia kepada identiti negara yang ditunjangi raja, Islam dan Melayu
5. Alang-alang polarisasi kaum semakin menebal, biarlah politik kepartian juga mengikuti corak yang sama. Politik berasaskan kaum sudah tentu akan menguntungkan kaum majoriti iaitu Melayu yang selama ini lemah dan berpecah, tertipu dan keliru disebabkan strategi jahat musuh yang amat takut melihat bangsa Melayu yang beragama Islam bersatu
5. Alang-alang polarisasi kaum semakin menebal, biarlah politik kepartian juga mengikuti corak yang sama. Politik berasaskan kaum sudah tentu akan menguntungkan kaum majoriti iaitu Melayu yang selama ini lemah dan berpecah, tertipu dan keliru disebabkan strategi jahat musuh yang amat takut melihat bangsa Melayu yang beragama Islam bersatu
6. Mungkin
ada yang mengatakan UMNO tak ikhlas. PAS pun saya rasa bukan ikhlas
sangat. Kedua-dua parti politik ini sudah tentu membuat persepakatan
atas motif dan agenda politik mereka. Namun, jika ia baik untuk umat
keseluruhannya, mengapa tidak?
UMNO dan
PAS bukanlah mewakili Melayu keseluruhannya, namun persepakatan mereka
mampu memberikan harapan baharu kepada bangsa majoriti Melayu yang
selama ini ternanti-nanti hala tuju dan tempat bergantung harap
7. Jika
kerjasama PAS-UMNO ini berjalan dengan baik selepas ini sekalipun, masih
ramai Melayu Islam yang tidak bersama mereka. Parti PPBM, PKR, PAN dan
pengikut mereka yang Melayu masih akan terus menentang. Jadi tidak
perlulah risaukan sangat kerjasama ini. Lebih baik kedua-dua pakatan
bersaing secara sihat dan profesional.
Berlumba-lumba
untuk majukan negara, tambahbaik kualiti hidup rakyat dan yang paling
penting pertahankan Islam dan kepentingan umat Islam Melayu di Malaysia.
Biarlah rakyat yang menilai. Jangan kita pula yang melatah mengatakan
orang nak peranglah, usaha yang sia-sialah dan banyak lagi tohmahan liar
yang dilontar
8.
Lagipun, kalau kerajaan PH benar-benar kompetitif, disanjung rakyat,
mampu memacu ekonomi negara dan mendaulatkan Islam, mereka sebenarnya
tidak perlu langsung risau tentang kerjasama PAS-UMNO ini. Mereka
sepatutnya amat yakin rakyat akan terus bersama kepimpinan negara sedia
ada.
Tapi
nampaknya keadaan tidak seperti yang disangka. DAP kelihatan amat
ketakutan. PPBM dan PKR pula masih dalam ‘denial state’. PAN seperti
biasa ‘play safe’ dan manja berselindung di bawah ketiak DAP. Jelas,
muslihat DAP memecah belahkan umat Islam di Malaysia sudah terbongkar.
Warna sebenar mereka amat sukar disembunyikan lagi
9. Samada
ada kerjasama PAS-UMNO ini solusi atau sekadar gimik politik, bagi saya
masih terlalu awal untuk kita menentukannya. Sebagai umat Islam kita
mendoakan yang terbaik. Sesiapa yang berdosa, bertaubatlah. Sesiapa yang
cekal dalam perjuangan, jangan mudah putus asa.
10. Yang
pasti persepakatan ini bukan khianat. Ia mungkin bakal menjadi rahmat.
Walaupun tidak disukai oleh golongan yang memperjuangkan ‘rahmatan lil
‘alamin’
*Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad, Kluster Tarbiah Isma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan