Manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.
Harga RON95 pula kekal RM2.08.
Kementerian Kewangan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 9 Mac sehingga 15 Mac 2019 masing-masing sepatutnya RM2.16 seliter dan RM2.38 seliter.
Namun begitu, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selepas Kabinet menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan
bebanan kewangan rakyat. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan