KUALA TERENGGANU: “Saya rasa gambar itu masa pergi Thailand, kalau tak silap saya,” ujar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau menyatakan demikian kepada media
apabila ditanya berhubung gambar beliau dengan Pengerusi Keretapi Tanah
Melayu Bhd (KTMB), Dato’ Dr Rameli Musa yang dikaitkan dengan isu RM1.4
juta.
"Saya
pergi ke Thailand, berjumpa dengan Surin Pitsuwan, bekas Menteri Luar
Thailand, kerana membincangkan masalah penindasan orang Islam di Myanmar
“Ini kerana, penganut (agama) Myanmar
ini Budha, Thailand juga Budha. Kita tidak mahu Budha di Thailand itu
membantu untuk menindas orang Islam di Myanmar.
"Alhamdulillah, kaum Buddhist di
Thailand tidak terikut dengan apa yang beraku Myanmar. Gambar itu
diambil dua tahun lalu dan Menteri berkenaan (Surin) telah meninggal
dunia tahun 2017 lalu. Jadi tak timbul isu cek RM1.4 juta itu,” ujarnya
kepada pemberita selepas menyampaikan Tazkirah Bulanan di Dewan Besar
Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan