ISMA WEB
Penyelaras Parlimen Jasin anggap perbuatan Ahli Parlimen Permatang Pauh jatuhkan kredibiliti Perdana Menteri perbuatan tidak beretika
BANGI
– Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
mendedahkan gerakan menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai
Perdana Menteri masih dilakukan oleh pihak tertentu bagi mencapai agenda
politik mereka.
Sehubungan
itu, beliau yang juga bekas calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin
pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, mengingatkan Dr Mahathir supaya terus
berwaspada mulai sekarang hingga November ini.
“Ini
adalah satu gerakan yang dirancang secara terancang untuk menjatuhkan
kredibiliti Tun Dr Mahathir seterusnya menggulingkan beliau dari jawatan
Perdana Menteri Malaysia.
“Tun Dr
Mahathir harus terus berwaspada di antara bulan Mac sehingga November
tahun ini. Seandainya kalangan parasit ini bersikap keterlaluan, saya
akan perangi mereka secara habis-habisan walaupun terpaksa lawan seorang
diri.
“Alang-alang
seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Pantang anak Melayu
berundur sebelum melawan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Khairuddin berkata demikian ketika mengulas perbuatan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang dianggap mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Perdana Menteri di kepada akhbar Singapura – Straits Times.
Khairuddin berkata demikian ketika mengulas perbuatan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang dianggap mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Perdana Menteri di kepada akhbar Singapura – Straits Times.
“YB Nurul
Izzah mempunyai pelbagai platfom terbaik di dalam negara untuk meluahkan
perasaan tidak puas hati beliau pada Tun Dr Mahathir. Ahli Parlimen
Permatang Pauh ini amat emosional dan tidak rasional.
“Sesungguhnya,
adalah tidak wajar serta tidak beretika untuk YB Nurul Izzah meluahkan
kata-kata tersebut pada Tun Dr Mahathir di dalam interbiu beliau dengan
akhbar Straits Time Singapura dua hari lepas.
“Bagi
saya, YB Nurul Izzah cukup matang di dalam politik dan saya juga amat
yakin beliau sendiri akan setuju dengan pandangan yang beliau lontarkan
pada Perdana Menteri Malaysia di Singapura, amat tidak beretika sama
sekali… kerana ianya bukan saja bakal mengaibkan imej Tun Dr Mahathir
tetapi juga maruah negara turut tercemar,” katanya.
Dalam temu
bual itu, Nurul Izzah – anak Datuk Seri Anwar Ibrahim – mengakui
cabaran bekerjasama dengan Dr Mahathir yang satu ketika dulu adalah
seteru ayahnya.
“Bekerja
dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada
kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia
bukan sesuatu yang mudah,” kata Nurul Izzah.
Pada masa sama, Khairuddin berkata, sikap tidak ikhlas dan tikam belakang sentiasa berlaku di kalangan parti gabungan PH.
“Inilah
masalah di antara rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. Segelintir daripada
mereka tidak ikhlas sesama sendiri. Sekiranya inilah sikap tidak ikhlas
dan tiada semangat kesetiakawanan sesama kita, macam mana Tun Dr
Mahathir nak kemudi negara ke era lebih gemilang dan cemerlang?
“Tikam
belakang sesama sendiri senantiasa berlaku yang akhirnya kita terpaksa
buang masa untuk memikirkan bagaimana hendak menangkis serangan sesama
kawan-kawan sendiri. Memberi komen-komen negarif terhadap Tun Dr
Mahathir di luar negara amat tidak wajar. Ini cukup tidak beretika,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan