Isnin, 5 November 2018

Musa dibenarkan ikat jamin RM2 juta


Musa Aman (bersongkok) tidak dibenarkan pulang ke Sabah, 
sehingga beliau selesai membayar ikat jamin RM2 juta.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan ikat jamin RM2 juta dan 2 penjamin bagi bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengaku tidak bersalah terhadap 35 pertuduhan rasuah berjumlah RM263 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob menetapkan jumlah itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan peguam Musa, Amer Hamzah Arshad serta Ridha Abdah Subri.

Beliau turut memerintahkan Musa menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Amer meminta RM2 juta itu dijelaskan dalam 2 bayaran menjelang Rabu ini.

Tiada ulasan: