Kelihatan
seorang mahasiswi meletakkan poster "Tuntut Janji PTPTN" dihadapan
pintu masuk Menara PTPTN selepas selesai berarak pada Himpunan Tuntut
Janji PTPTN di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
KUALA LUMPUR – Kejayaan hampir 400 mahasiswa dari seluruh negara
‘menawan’ Menara Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini
merupakan mesej jelas agar pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan meletakkan
jawatan.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Muhammad
Faizzuddin Mohd. Zai berkata, Wan Saiful perlu berbuat demikian setelah
gagal menunaikan janji Pakatan Harapan yang terkandung dalam manifesto
PRU-14.
“Hampir 400 mahasiswa dari seluruh negara datang dari Terengganu,
Kuantan, Perak dan sebagainya hari ini kita berhimpun berjalan dari
Masjid Jamek ke Menara PTPTN untuk memberi mesej yang jelas kepada Wan
Saiful Wan Jan.
“Semua mahasiswa bersepakat untuk dia letak jawatan kerana dia
berkeras untuk tidak melaksanakan janji yang diletakkan dalam manifesto.
“Alasan diberikan sangat tidak munasabah,” katanya ketika ditemui di
luar pekarangan Menara PTPTN, di Jalan Yap Kwan Seng hari ini.
Pada Rabu lepas, GAMIS bersama kira-kira 15 mahasiswa berarak
kira-kira lapan kilometer dai Universiti Malaya ke bangunan Parlimen
bagi membantah keputusan baharu kerajaan berkaitan bayaran balik PTPTN. Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Muhammad Faizzudin Mohd Zai
bercakap kepada media selepas selesai berarak pada Himpunan Tuntut Janji
PTPTN di Menara PTPTN, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Dalam perarakan itu, ada di antara mereka mengenakan jubah dan topi
segi empat siswazah ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan
dan mahu menemui Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Mereka membantah tindakan kerajaan yang memperkenalkan bayaran balik
secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada
pendapatan bulanan peminjam berpendapatan lebih RM1,000. Sebahagian
mahasiswi mengaminkan doa ketika berkumpul di hadapan Menara PTPTN
selepas selesai berarak pada Himpunan Tuntut Janji PTPTN di sekitar
kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Muhammad Faizzuddin berkata, Wan Saiful perlu membuktikan sejauh mana
beliau benar-benar mahu membantu PTPTN dengan memotong gaji bulanannya.
“Kita tahu PTPTN ada akaun lain dan kita tahu juga gaji menteri sangat banyak berbanding gaji rakyat biasa atau orang awam.
“Kalau tak cukup potong gaji menteri dan jangan potong gaji mahasiswa kerana menteri hidup dengan selesa.
“Kita nak tahu juga janji Wan Saiful, berapa peratus dia potong gajinya untuk bantu PTPTN sebenarnya,” katanya.
Katanya lagi, jika Wan Saiful menerima jawatan Pengerusi PTPTN
semata-mata mahu mengumpul kekayaan peribadi, GAMIS tidak teragak-agak
memastikan PH ditolak rakyat pada pilihan raya akan datang.
“Kalau dia naik jawatan untuk meraih kemewahan, kita tolak
habis-habisan, kata nak bantu anak muda Malaysia, kita nak tahu berapa
peratus dia potong gaji dia untuk bantu PTPTN,” katanya lagi. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan