Presiden PAS Abdul Hadi Awang mencabar pemimpin kerajaan
mengerah penyokong mereka supaya turun padang untuk menunjukkan sokongan
dan membandingkan apa yang mampu dilakukan oleh parti itu bersama Umno.
"Kita berhak mengadakan perhimpunan aman supaya mereka saksikan berapa banyak rakyat (yang menyokong).
"Bandingkan, kalau mereka berani, mereka kerah (pula) orang mereka ramai mana... bandingkan," katanya sambil disambut tepukan penyokong PAS dan Umno yang memenuhi dataran di pekan Kampung Gajah, Pasir Salak malam ini.
Abdul
Hadi berkata demikian sebagai mengulas perancangan PAS untuk berkumpul
di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini sebagai tanda membantah
pengiktirafan Icerd.
Malahan presiden parti itu sendiri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengikrarkan dukungannya terhadap rancangan perhimpunan membantah Icerd itu.
Ibarat anjing sekampung berkelahi
Kata anggota parlimen Marang itu anjing yang sedang berkelahi juga boleh bersatu menghadapi ancaman dari luar.
"Ingat, kalau anjing sekampung yang sedang berkelahi kalau datang (pengacau) anjing sekampung boleh bersatu," katanya.
Namun Abdul Hadi pantas menegaskan bahawa itu bukanlah bermakna PAS itu anjing.
"Kami bukan anjing, yang najis mughallazah dan tak ada akal.
"Ingat kalau ada sekampung anjing yang berkelahi, masuk yang luar satu kacau dia, dia boleh bersatu.
"Oleh itu jangan main-main," katanya.
Abdul Hadi juga sempat berpantun:
"Mat Kilau perwira pahlawan
Menghunus keris melompat pagar
Lampu hijau boleh berjalan
Lampu merah jangan dilanggar.
Pasir tuan Pasir Salak
Sila datang menimba ikannya
Sarang tebuan jangan 'dijolak'
Kalau 'dijolak' besar padahnya."
Sila datang menimba ikannya
Sarang tebuan jangan 'dijolak'
Kalau 'dijolak' besar padahnya."
*'Jolak'
di sini dipercayai bermaksud jolok, penggunaan kata 'jolak' diyakini
bertujuan memenuhi kehendak hukum rima pada setiap bait puisi Melayu
lama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan