
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata langkah itu lebih baik daripada 2 parti itu menghabiskan wang sewa bas untuk membawa peserta menyertai perhimpunan tersebut.
“Kalau sekadar nak buat majlis kesyukuran, saya cadangkan semua buat sujud syukur dan buat kenduri pisang di masjid dan surau di seluruh negara.
“Daripada menghabiskan wang untuk sewa bas sebagainya, lebih baik wang itu dikumpul untuk bantu fakir miskin dan sekolah agama yang ada dalam negara kita,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan PAS dan Umno yang tetap mahu meneruskan perhimpunan membantah ICERD pada 8 Disember ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan