Selasa, 20 November 2018

Najib selesai beri keterangan hampir 4 jam di SPRM

THE MALAYSIA TIMES
 


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas memberi keterangan kira-kira empat jam dipercayai berkaitan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar untuk sekolah di Sarawak.

Kenderaan dinaiki Najib dilihat keluar melalui pintu depan ibu pejabat SPRM pada kira-kira 1.15 tengah hari, diiringi kereta polis. Kenderaannya dilihat memasuki kawasan premis berkenaan kira-kira 9.23 pagi tadi.

Najib telah hadir ke SPRM beberapa kali sebelum ini untuk membantu siasatan beberapa kes dengan kali terakhir ialah pada 8 Nov lepas.

Pada Khamis lalu, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.

Turut didakwa bekas pegawai khas kepada Najib, Datuk Rizal Mansor atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek yang sama.

Tiada ulasan: