Mufti mahu k'jaan PH tegakkan peraturan dalam bernegara
DENYUT REFORMASI
Mufti
Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu tindakan dan peraturan yang
tegas dibuat ke atas rumah-rumah ibadat yang dibina tanpa peraturan.
Tanpa
menyebut sebarang pembinaan atau kejadian khusus tetapi dipercayai
merujuk kepada rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra
Heights, di Subang Jaya, awal pagi ini, katanya, kerajaan wajib
menegaskan dan menegakkan peraturan dalam bernegara.
“Pihak
berkuasa hanya berdiam. Jika kerajaan yang lepas terlalu menjaga undi
sehingga dibiarkan wujud begitu banyak rumah ibadat tidak mengikut
peraturan atau secara haram itu, kerajaan hari ini wajib menegaskan dan
menegakkan peraturan dalam bernegara.
“Malaysia bukan pakai
undang-undang rimba yang mana sesiapa boleh pacak rumah ibadah di mana
dia suka. Apatahlagi kadang-kadang jumlah rumah ibadah itu tidak
seimbang dengan taburan penganut.
“Sebelum keadaan yang lebih
tidak aman berlaku, eloklah kerajaan hari ini membetulkan kesalahan
lepas dengan menegakkan undang-undang yang sepatutnya,” katanya dalam
satu hantaran di Facebook.
Pada kejadian awal pagi ini, puluhan individu merusuh di kawasan
tapak kuil terbabit sebelum tercetus pergaduhan di lokasi berkenaan,
malah sebanyak 18 kenderaan dilaporkan turut dibakar.
Ketua
Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari
berkata, siasatan awal mendapati kira-kira 50 lelaki berada di dalam
kawasan kuil itu, manakala beberapa individu lain berada di luar pagar
kuil.
“Berlaku saling mencaci dan mencabar antara dua kumpulan
terbabit. Dua lelaki dalam lingkungan usia 30-an cedera dalam kejadian
itu. Selain itu, 18 kenderaan, termasuk dua motosikal di kawasan
berkenaan dibakar,” katanya.
Polis
juga menemui beberapa parang dan senjata digunakan dalam rusuhan
berkenaan. Kejadian itu juga menyebabkan kerosakan di kuil terbabit.
Ketua
Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, walau bagaimanapun berkata,
kejadian kira-kira jam 2 pagi itu tidak membabitkan unsur perkauman,
sebaliknya hanya perselisihan faham antara dua kumpulan.
Katanya, ia adalah kes terpencil berkaitan isu pemindahan kuil terbabit.
Beliau
juga meminta orang ramai supaya menghentikan status atau mesej tular
yang mengaitkan kejadian berkenaan dengan isu perkauman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan