Setiap kali membaca tulisan atau buah fikiran presiden PAS saya seolah-olah sedang mendengar khutbah seorang maharaja sebuah dinasti yang menguasai satu pertiga dunia.
Beliau - si
maharaja yang terbayangkan itu - sedang menjelaskan satu per satu
undang-undang dan peraturan hidup yang mesti dipatuhi semua rakyat
jelata.
Sejauh itu saya berandaian. Bermimpi pun boleh juga. Cuma itulah, ia andaian dan mimpi yang nakal, kerana tidaklah masuk ke akal untuk sesiapa mempercayai bahawa Abdul Hadi Awang akan pernah menjadi maharaja dan menguasai satu pertiga dunia, atau seperti salah seorang Dato Maharajalela yang mengejar residen Inggeris durjana di Perak.
Andaian nakal itu datang mengundang kerana saya melihat keyakinan kental beliau memperkatakan sesuatu dan pada masa sama menolak setiap sesuatu yang bukan datang dari pihak parti beliau.
Kali ini, dengan yakin beliau meletakkan Icerd di kandang Freemason. Sejauh itu beliau mendedahkan faktanya. Mungkin hasil maklumat daripada jaringan geopolitik dunia Islam yang tersendiri dan beraras tinggi beliau.
Kini tidak lagi memegang jawatan rasmi dalam Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Abdul Hadi dipercayai akan terus menjalin hubungan dengan jaringannya.
Benarkah dakwaan Abdul Hadi?
Jika persoalan ini pernah melintasi fikiran para pembaca, cukup setakat dalam fikiran. Jangan ditanya dan jangan diulas. Eloklah usah sesekali disanggah atau dinafikan.
Bawa fakta sebagai bukti
Ambillah pengajaran daripada tulisan seorang wartawan Malaysiakini yang diserang dari kiri dan kanan selepas mengutarakan hujah bahawa Abdul Hadi mungkin tersalah fakta apabila mendakwa Dato Maharajalela pembunuh JWW Birch itu seorang mufti.
Hinggakan soal pengurusan jenazah pun dijadikan bahan, tapi itulah hakikat yang ada pada zaman marah-marah kepada Icerd sekarang.
Kebanyakan negara umat Islam menerima Icerd, kecuali Brunei dan Malaysia. Apakah Abdul Hadi mahu mengatakan kesemua negara itu sedang terperangkap dengan agenda Freemason? Alangkah manisnya jika ia dapat dibuktikan secara meyakinkan.
Ketika kerajaan Myanmar sedang melaksanakan pembersihan etnik di negara itu, bukankah Icerd sepatutnya dapat dijadikan 'peluru' terbaik bagi umat Islam menekan rejim pimpinan Aung San Suu Kyi itu?
Runtuh asas perlembagaan
Apa yang dapat dilihat, Abdul Hadi membuat dakwaan sedemikian hanya mengambil kira situasi semasa yang berlaku di Malaysia saja. Icerd itu dibimbangi mencalar semangat Perlembagaan Malaysia yang memiliki teras raja-raja, orang Melayu dan Islam.
Menarik juga untuk menunggu hujah-hujah - harapnya ada - daripada Abdul Hadi atau pemimpin lain dalam PAS mengenai bagaimana Icerd itu akan digunakan oleh "wakil-wakil Freemason" di Malaysia untuk meruntuhkan tiga asas dalam perlembagaan tadi.
Ketepikan dulu faktor ketaatan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kepada raja-raja Melayu dan pengakuan mereka bahawa Islam adalah agama rasmi negara.
Anggaplah - atau andaikan - untuk seketika kononnya pemimpin kerajaan PH sekadar robot yang tiada sedikitpun rasa sayang dan cinta kepada raja-raja, orang Melayu dan Islam.
Sementara itu wajar juga Abdul Hadi diingatkan agar mengambil kira urusan dalaman PAS semasa berhimpun untuk menolak Icerd pada 8 Dis nanti.
Ukur baju jangan salah
Sudahkah pengeluar dan pengedarnya dimaklumkan mengenai saiz yang diperlukan semua anggota parti?
Simpati juga jika ada anggota PAS yang menerima baju bersaiz terlebih besar atau terkecil nanti.
Tentu sangat tidak manis untuk penyokong PAS yang kebetulan berbadan gempal menyarung baju T bersaiz M, manakala yang berbadan kecil menggayakan baju bersaiz XL.
Mungkin masih ada masa untuk mencadangkan pengeluar menyiapkan sebanyak mungkin baju bersaiz bebas (free size) demi memudahkan penyokong parti.
Kemudian berhimpunlah dengan menghormati undang-undang.
Sesudah itu hitung pula berapa banyak kutipan yang dibuat hasil jualan baju-baju tempahan khas tersebut.
Di Selangor khabarnya setiap kawasan diarah membeli 100 helai baju berkenaan. Untunglah kalau semua ahli bersetuju.
Cuma yang pasti 100 helai baju itu mesti dibayar tuntas demi perjuangan.
Bagaimana kalau semua kawasan di negara ini diwajibkan membeli baju keluaran khas tersebut? Setidak-tidaknya ia boleh menjana ekonomi parti atau penyokong parti.
Akhirnya, sambil anggota dan penyokong di peringkat bawahan menguruskan hal-hal baju dan karung derma, Abdul Hadi dan pembantu di sekelilingnya jangan lupa terhadap isu-isu sekitar Icerd dan Freemason itu.
Rakyat Malaysia menanti-nanti ucapan seorang pemimpin yang juga bekas naib ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membongkarkan peranan dan agenda Freemason di Malaysia melalui Icerd.
Pentas terbaik untuk melakukannya tentulah semasa perhimpunan itu nanti.

IBNU JUBBAH
ialah pena seorang anak muda yang sedang menyiapkan ijazah PhD dalam
bidang hak asasi manusia dan berminat membaca tulisan-tulisan pemimpin
politik PAS, Umno dan PH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan