Bernama
KUALA LUMPUR: Penduduk luar
bandar khususnya golongan petani, nelayan dan pekebun kecil tidak
mendapat manfaat langsung daripada Belanjawan 2019 yang dibentangkan di
Dewan Rakyat semalam, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga presiden UMNO, berkata belanjawan tersebut tidak menyentuh secara khusus pakej untuk golongan berkenaan.

"Mereka adalah golongan miskin tegar dan dalam keadaan harga komoditi
merosot, sewajarnya perhatian lebih diberikan kepada mereka," katanya
kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa UMNO
Bahagian Padang Besar, di sini, hari ini.
Turut hadir timbalannya,Datuk Seri Mohamad Hasan, naib presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.
Terdahulu, Mohamad, dalam ucapannya, menyifatkan Belanjawan 2019 sebagai tidak adil kepada masyarakat luar bandar kerana banyak tumpuan diberikan kepada kawasan bandar. -- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan