SINAR HARIAN
Sepuluh warga Malaysia dan lima tempatan itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa terhadap lima lokasi di pekan Danok pada Rabu lepas.
"Kebanyakan mangsa sindiket itu adalah warga China, Taiwan dan Malaysia dengan jumlah penipuan dianggarkan mencecah 5 juta Baht (RM657,000) sebulan," kata Pemangku Ketua Polis Imigresen Thailand Mej Jen Surachet Hakpal di sini hari ini.
Sindiket melakukan penipuan dengan mengiklankan usaha membina kuil dan rumah-rumah ibadat dalam Facebook serta mempelawa mangsa ‘menderma’ sejumlah wang ke akaun tertentu yang diwujudkan bagi tujuan derma itu, katanya.
Surachet berkata, sindiket itu diketuai seorang lelaki warga Malaysia dikenali sebagai ‘Ah Khun’.
Dalam operasi itu, polis merampas 51 telefon bimbit, komputer, puluhan buku akaun bank dan kad ATM serta wang tunai 41,500 Baht (RM5,400) dan RM31,000. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan