UMNO yakin usaha untuk merampas kembali tampuk pentadbiran negara daripada Pakatan Harapan (PH) dapat direalisasikan jika kerjasama parti itu dengan PAS diperkukuhkan.
Timbalan Presidem UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata UMNO dan PAS perlu ikhlas dan jujur bekerjasama sebagai parti pembangkang.
“Tidak ada simpul yang tidak boleh dileraikan, tidak ada masalah yang tidak diselesaikan. Masalah tanah Sendayan 15 tahun boleh diselesaikan, inikan lagi PAS dan UMNO.
“Tunjukkan keikhlasan masing-masing dan kita mesti jujur bila kedua-duanya, maka landasan kita pun senang akan kita lalui dengan baik,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Umum kempen PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Jumaat malam.
Menasihatkan agar tidak terlalu taksub kepada parti, Mohamad mencadangkan agar PAS dan UMNO menggunakan titik persamaan untuk mengalahkan PH.
“Datuk (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) kita cari titik persamaan jangan cari yang keruh, cari yang jernih. Kalau kita cari yang jernih maka panas lah punggung mereka. Kita bukan nak cari yang buruk, kita cari sama-sama.
“Tidak perlu kita bercakaran, kita berpolitik terlampau taksub kepada parti, orang Melayu berpolitik taksub kepada bangsa tengok PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) apa jadi. Kita mesti cerdik, Kita mesti berusaha untuk kita rampas semula tanah air ini,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan