Jumaat, 21 September 2018

Tumpahan bahan Latex, keadaan terkawal

Manzaidi Mohd Amin
Tumpahan bahan Latex ke aliran Sungai Bernam setakat ini terkawal.
Tumpahan bahan Latex ke aliran Sungai Bernam setakat ini terkawal.


SHAH ALAM – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengesahkan tumpahan bahan Latex ke aliran Sungai Bernam berikutan kemalangan kenderaan di KM271.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) semalam, berada dalam keadaan terkawal.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi SYABAS, Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya sudah membuat pemantauan rapi bermula semalam dan menjalankan ujian pensampelan kualiti sumber air mentah.

Katanya, loji beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan bekalan air kepada penduduk Sabak Bernam yang menerima bekalan dari Loji Rawatan Air Bernam River Headworks,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

BERNAMA semalam melaporkan, seluruh kawasan Sabak Bernam mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan Loji Rawatan Air BRH dihenti tugas, pada jam 12 tengah malam tadi.

Loji itu dijadual beroperasi semula selepas ujian pensampelan kualiti sumber air mentah mengesahkan tiada lagi sisa tumpahan Latex, di sungai berkenaan. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: