PETALING JAYA: Sokongan
rakyat di Dun Seri Setia terhadap calon PAS, Dr Halimah Ali semakin
meningkat dan memberi peluang yang cerah untuk menang.
Timbalan Speaker Kerajaan Kelantan,
Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, rakyat sekarang sudah mula sedar
dengan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji selepas 100
hari.
“Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia
rakyat mahu PAS menang supaya dapat memberi mesej dan signal kepada
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor,” katanya ketika
ditemui pada majlis ceramah santai dengan pengundi di sini. Ceramah
tersebut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai kaum sambil menjamu BBQ.
Katanya, rakyat juga semakin bimbang
apabila janji untuk menaikkan gaji dan bonus penjawat awam tidak
dilaksanakan seolah-oleh mereka semakin dipinggirkan oleh kerajaan
baharu sekarang.
“Selain itu, banyak projek sebelum ini
diperbaharui dan diberhentikan menyebabkan pemaju-pemaju yang terpaksa
menanggung bebanan yang besar.
“Tidak hanya pemaju tetapi ia juga
melibatkan kepada pendapatan pekerja-pekerja awam dan swasta yang
terpaksa menanggung sama,” ujarnya.
Beliau juga menyeru semua pengundi yang beragama Islam supaya mendekatkan diri kepada Allah kerana Dia yang memberi Kemenangan.
Berbaki tiga hari lagi kempen Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia beliau mengharapkan jentera kempen
memperkuatkan lagi usaha dan memberi penerangan kepada rakyat khususnya
golongan bukan Islam supaya tidak mudah percaya dengan propaganda yang
dibawa oleh parti lawan yang ingin memburuk-burukkan PAS. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan