Gempak / ASTRO AWANI
Jelas PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 29, laporan itu dibuat susulan perkataan 'potong' dan 'pisau' dalam rakaman video Nursajat.
"Semalam Sajat kata nak potong PU Amin ke? Kebetulan hari ini PU Amin dijadualkan berceramah ‘Maal Hijrah’ dihadapan pegawai pegawai dan bos tertinggi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM.
"Polis minta saya buat report sebab dia cakap ‘potong’ sambil pegang ‘pisau’.
"Saya nak dia minta maaf dan tarik kenyataan dia dahulu. Saya tak suka report report polis ni, tapi Polis yang minta buat.
"Tak apa saya tunggu dia minta maaf dan tarik balik kenyataan dia dahulu. Datuk kata apa-apa 'roger'. Datuk Roze DCP Polis, Datuk Rusli Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil," tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan