Arfa Yunus, Astro Awani
BALAKONG: Petugas media
akhirnya dibenarkan masuk setelah Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) Datuk Mohamed Elias tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Cheras Perdana untuk mengadakan sidang akhbar.
Sebelum ini petugas media mendakwa mereka telah dihalang memasuki pusat pengundian itu.
Sebelum ini petugas media mendakwa mereka telah dihalang memasuki pusat pengundian itu.
Walaupun sidang media itu dijadualkan bakal diadakan oleh Setiausaha
SPR, dipercayai seorang pegawai SPR di pusat terbabit dikatakan tidak
membenarkan wartawan dan jurugambar daripada memasuki kawasan sekolah.
"Kalau anda boleh dapat masuk di pusat pengundian lain, silakan pergi ke situ. Di sini tempat saya dan saya tak benarkan media masuk.
"Untuk sidang media sebentar lagi, saya akan beri arahan yang lain," kata pegawai tersebut.
Sementara itu, menurut SPR jumlah keluar mengundi setakat jam 11 pagi
hanyalah 21 peratus.
"Kalau anda boleh dapat masuk di pusat pengundian lain, silakan pergi ke situ. Di sini tempat saya dan saya tak benarkan media masuk.
"Untuk sidang media sebentar lagi, saya akan beri arahan yang lain," kata pegawai tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan