Selasa, 18 September 2018

Mustapa Mohamed umum keluar UMNO

Astro Awani
Mustapa Mohamed umum keluar UMNO
Keputusan itu sekali gus melucutkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan menjadi Ahli Parlimen bebas. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar daripada UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Dalam satu kenyataan beliau berkata keputusan itu dibuat setelah melakukan pemerhatian tentang landskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional serta masa depan negara.

“Berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

“Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini,” jelasnya dalam kenyataan itu.
 
Tambah beliau, hala tuju yang diambil UMNO ketika ini tidak selari lagi dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini dan tiada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

“Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah 40 tahun berkhidmat parti ini,” katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabatnya di Jeli, Kelantan kepimpinan parti dan seluruh negara yang banyak membantu sepanjang beliau berkhidmat untuk UMNO.

Keputusan itu sekali gus melucutkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan menjadi Ahli Parlimen bebas.

Katanya, beliau telah membuat pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

"Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

"Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini.," ujarnya.

Tambah beliau, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini.

"Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

"Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk," memetik kenyataan itu.

Media difahamkan beliau berada di luar negara pada ketika ini. 
 
 

Tiada ulasan: