Isnin, 17 September 2018

MCA JANGAN TAKUT- PAS



PAS mengingatkan MCA supaya tidak gusar dengan kerjasama parti itu dan UMNO kerana parti itu tidak bersifat ekstremis.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS akan mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama MCA bagi memberi penjelasan berhubung dasar parti itu.

“MCA tidak perlu gusar terhadap dasar PAS kerana setiap tindakan parti itu mengikut saluran yang betul.

“MCA juga tidak perlu bimbang apa yang PAS perjuang, PAS bukan parti ekstremis sebagaimana dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, pada Ahad.

Menurutnya, tiada apa yang perlu dibimbangi kerana PAS memerintah negara sejak sekian lama dan didaftarkan sejak sebelum merdeka.

“Kita mentadbir parti berdasarkan peraturan, undang-undang yang ada.

“Kita sendiri menentang sebarang bentuk perlakuan ekstremis. Sebarang penentangan yang kita buat mengikut saluran yang ada,” katanya.


Tiada ulasan: