Jumaat, 7 September 2018

KPM sentiasa prihatin terhadap SJKT

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memberi perhatian sebaik mungkin terhadap semua sekolah di bawah naungannya termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Menurut KPM dalam kenyataan, komitmen itu dizahirkan dalam pertemuan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dengan anggota jawatankuasa dan wakil Yayasan Penyelidikan dan Pendidikan Tamil di sini, hari ini.

“Pertemuan ini membawa makna yang sangat signifikan dari sudut peranan yayasan dalam memajukan pendidikan terutamanya pendidikan Tamil,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, antara perkara dibincangkan termasuk pembinaan sekolah, keperluan guru dan pembantu guru di prasekolah dan keperluan kewangan.

Turut dibincangkan adalah isu pengurusan sekolah kurang murid, peranan lembaga pengelola sekolah dan kebajikan sekolah-sekolah Tamil secara keseluruhannya.

KPM juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan menghargai peranan semua pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan penyediaan pendidikan berkualiti menjadi agenda penting dalam pembangunan negara.– Bernama

Tiada ulasan: