Rabu, 5 September 2018

KHAIRY BERI ISYARAT AWAL TANDING PRESIDEN UMNO




Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyatakan hasrat untuk bertanding sekali lagi jawatan Presiden UMNO pada tahun 2021.

Kenyataan itu sebagai respon terhadap dakwaan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mengenai khabar angin beliau akan menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Melalui tulisan di laman sosial Twitternya, Khairy secara sinis berkata: “Habis tu macam mana nak bertanding Presiden UMNO tahun 2021?”

Semalam, Chegubard melalui posting di laman sosial Facebooknya Khairy kononnya sedang menyiapkan tempatnya di dalam kerajaan PH.

Sebelum ini Khairy mencetuskan kontroversi berhubung beberapa tindakannya yang jelas bertentangan dengan dasar dan prinsip parti itu.

Malah, Khairy juga turut menolak tawaran sebagai Ketua Penerangan UMNO selepas tewas dalam merebut jawatan Presiden UMNO.


Tiada ulasan: