THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa pengumuman mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan dibuat sekembalinya beliau dari Hong Kong, Rabu ini.
Beliau berkata Anwar telah menghubunginya semalam sebelum berlepas ke Hong Kong bagi memberi arahan untuk ‘mempersiapkan’ kerusi-kerusi berpotensi yang akan ditandingi presiden parti, yang dipilih itu dalam masa terdekat.
“Kerusi (berpotensi) itu asalnya tiga, tapi sehingga semalam setelah di ‘zoom in’ jadi dua, semalam dia telah hubungi saya untuk memberikan gambaran dan saya ada beberapa tugasan untuk disiapkan,
mungkin waktu di
Hong Kong nanti beliau akan buat keputusan satu daripada kerusi itu,”
katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) di sini hari ini.
Saifuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata kerusi yang akan dipilih oleh Anwar itu nanti adalah kerusi paling selamat berdasarkan kepada kajian serta mengambil kira keputusan pada pilihan raya umum yang lepas.
“Kami sudah ambil kira semua termasuk keputusan pilihan raya umum yang lepas, peratus keluar mengundi, isu politik semasa yang berlegar serta isu dimainkan pembangkang selama pembangkang belum keluar tajuk politik perkauman, agama serta sengketa kaum,” katanya.
Semalam Ketua Umum PKR itu berkata beliau sedang menimbang untuk bertanding satu daripada tiga kerusi Parlimen sama ada di bahagian utara, tengah atau selatan tanah air bagi membolehkan beliau kembali ke Parlimen.

Tanpa menamakan kawasan tersebut, Anwar menjelaskan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.
“Tiga kawasan ini masing-masing di negeri utara, tengah dan selatan telah menawarkan kerusi mereka kepada saya dan kawasan ini adalah kawasan yang kita kena kerja kuat.
“Saya sedang menimbangkan perkara ini dan akan diumumkan dalam masa sehari dua lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis Amanat Reformasi bersempena ulang tahun ke-20 bersama pimpinan dan anggota PKR Negeri Sembilan , semalam.

Dalam satu lagi perkembangan, bakal Perdana Menteri itu menyeru rakyat supaya mengikis sikap mempertahankan pemimpin yang
melakukan kemungkaran biarpun mempunyai pegangan agama dan budaya yang sama.
Beliau berkata rakyat seharusnya bijak membezakan baik dan buruk dalam mempertahankan seseorang itu dan bukan berdasarkan faktor bangsa, budaya dan agama yang sama.
“Sikap rakyat sekarang ini tidak mengapa mempertahankan individu yang sudah melanggar hukum agama seperti merompak duit rakyat, rasuah asalkan adat, agama, budaya kita sama,” katanya ketika berucap pada majlis Agenda Malaysia Baharu di padang Felda Jelai 4 di sini, malam ini.
Turut hadir Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan hak Felda dapat dikembalikan dalam masa terdekat dan membaik pulih semula kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama dahulu.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan melakukan pembaharuan dengan memulihkan kerosakan dan mengembalikan semula hak Felda yang diseleweng sebelum ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan