Khamis, 13 September 2018
GST dah tak ada, Dah kahwin ke YB Bukit Melawati ni?
Kembali ke zaman silam, wanita di atas telah mengemparkan media sosial apabila beliau bergambar protes dengan placard berbunyi, "bertahun aku kumpul duit masih tidak cukup. Najib susahkan aku lagi dengan cukai GST."
Kembali ke zaman sekarang, wanita ini sudah bergelar ADUN Bukit Melawati. Itu bukan persoalannya. Apa yang kita mahu tahu sekarang adalah dengan penghapusan GST dan pengenalan cukai SST, adakah beliau sudah cukup duit untuk berkahwin.
Dengan elaun ADUN Selangor yang dikatakan akan dinaikkan, pastinya duit kahwin bukan masalah besar untuk YB kan? Tinjauan ke atas posting terbaru ADUN berkenaan, teruk beliau ditroll atau disakat oleh netizen walaupun sebahagian besar komen telah beliau padam.
Kesimpulannya, kata orang tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kita tidak mahu suatu hari cakap kita hari ini akan menjadi bahan ketawa orang pada masa depan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan