Ahad, 9 September 2018

AMK sokong Anwar bertanding di Pulau Pinang


 Afif Bahardin


KEADILAN DAILY


Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin menyokong cadangan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen menerusi salah satu kerusi di Pulau Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu berkata ia kerana kubu kuat sokongan kepada ikon Reformasi itu sendiri adalah dari Pulau Pinang.

“Saya mengalu-alukan pandangan agar Anwar bertanding di Pulau Pinang sebab ‘political base’-nya di sini. Tapi kerusi mana, saya tiada hak atau kuasa nak umumkan.

“Tapi ada  beberapa kerusi Parlimen di sini, iaitu empat. Kita tunggu sajalah. Boleh juga jika beliau bertanding di luar Pulau Pinang. Maknanya, setiap jentera parti perlu bersedia untuk menghadapi PRK,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Tambahnya, kemasukan Anwar ke Parlimen adalah sesuatu yang dinantikan orang ramai kerana ia adalah antara janji Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Ini adalah mandat rakyat yang diintepretasikan pada 9 Mei lalu iaitu Anwar akan menjadi perdana menteri kelapan. Dan kita sedang penuhi tetapi proses itu perlu lancarlah,” katanya.

Anwar sebelum ini membayangkan akan kembali ke Parlimen menerusi satu pilihan raya kecil dalam tempoh terdekat.

Tiada ulasan: