SINAR HARIAN
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam memastikan Tekun Nasional dapat terus maju ke hadapan dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
"Dahulu kalau mahu mendapatkan perakuan atau kelulusan, ia seperti satu kewajipan ketua bahagian (parti politik) akan diminta untuk mengesahkan permohonan atau sebagai syarat (untuk kelulusan).
"Pertimbangan paling wajar adalah untuk menggunakan mekanisme sebenar kerajaan iaitu melalui ketua kampung atau penghulu yang akan lebih bertanggungjawab dari segi pentadbiran untuk mengesahkan sama ada pemohonan itu benar-benar memenuhi kriteria untuk mendapat apa jua bentuk pinjaman daripada Tekun Nasional," katanya kepada Bernama, di sini hari.
Turut hadir Timbalan Menterinya Sim Tze Tzin yang baharu memulakan tugasnya di kementerian itu semalam.
Dalam pada itu, Salahuddin menegaskan beliau dan timbalannya tidak akan membenarkan mana-mana pihak menyalahgunakan nama mereka berdua untuk kepentingan peribadi dan sekiranya berlaku ia harus dilaporkan segara agar tindakan awal dapat diambil.
"Kami mahu banteras segala amalan yang tidak sepatutnya berlaku kepada kementerian ini yang menggunakan kedudukan dan nama kami sebagai menteri dan timbalan menteri ini untuk mendapat habuan," jelasnya.
Beliau turut mengesyorkan agar pemberian tender projek yang melibatkan jumlah yang besar dibuat secara telus serta terbuka dan mereka yang berkelayakan boleh mengemukan permohonan untuk dinilai pihak berkuasa. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan